
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua visitorsz blog ini... Thanks for ur support.. really appreciate it n selamat menjamu selera n jgn lupa kita sama jom pakat2 posa 6 insyallah. By the Way... saya pn tak mula lagi.. heee :) ok.SEELAAMAAT!!
THR3E THINGS REMAIN
.:A Good Son's Prayer.::.Charity.::.Knowledge:.
Assalamualaikum...
Ah Hah... tutorial kali ni adalah berdasarkan kepada request saudara apis. Mcm mn nak buat TEXTURED PHOTO. ok. Basicly, bila kita ckp pasal ni, ia memainkan 3 perkara penting. org tua2 kata 3 main points. .: Filter :. .: Blur :. .: Blending Mode :. .
ok.kita buat, ini simple ja. my style simple n boleh semua org buat. ok.
Buka Gambaq [Ctrl+O]
Bukakan gambar yang anda nak 'texture'. Tekankan Ctrl+J(Copy Layer) supaya jika berlaku apa2 kesalahan, gambar yang asal masih terselamat dan ubah kecerahannya sekiranya gambar anda gelap dengan menggunakan Level(Ctrl+L) ataupun Image>Adjustment>Level. Untuk kecerahan gambar, anda cuma gerakkan segitiga disebelah kanan ke kiri.

SELEPAS
SEBELUM
Copy Skali lagi gambar anda dengan menekan Ctrl+J. Jadi skang ni anda mempunyai 3 layer. Dua layer yang atas sahaja akan digunakan. ok. Jelas?
Desaturate[Ctrl+Shift+U]
Sekarang, layer yang teratas skali, 'desaturate'(Ctrl+Shift+U). Selepas itu, pergi ke Filter>Artistic>Cutout dan gunakan setting yang sudah sedia ada. This is what i got,
Blending Mode[Bahagian atas kiri Layer n tertulis 'Normal']
ok...Skang ni.. anda boleh saja pilih dalambyk2 blending mode yang ada ikut ke sesuaian anda. maka, jadi lah... this is mine,
Blending Mode : Darken
Blending Mode : Multiply
Macam mana plak dengan blur... bila nak pakai... ok. blur boleh digunakan untuk me'smooth'kan dan memberi effect yang lain. Anda boleh kena kannya pada langkah selepas CUTOUT tadi.ok.
SELAMAT MENCUBA DAN HAVE FUN WITH PHOTOSHOP!!
p/s : apis harap dapat memenuhi apa yang anda mahu.. slamat mencuba
Assalamualaikum.
Sebelum ni kalau ajaq org i just call this design 'Kamikaze'. But this time, kita panggil nama lain.
ta daaaaa..... "STARBURST" Coool... I adapt this tutorial from tutorialized.com.
Jadi tutorial kali ni kita akan belajar menggunakan Rectangular Marquee Tool. Dah bersedia?
LETS GOOOONE!!! HAHAHAHA!!!(gelak sambil cekak pinggang n dongak kepala..buruk gila)
Buat New Dokumen [Ctrl+N]
Buatkan new dokumen. Saya pilih 1024 X 768.
Buat New Layer [Ctrl+Shift+N]
Buatkan new layer sbb kat sini lah kita akan kena kan fill kita nanti.ok.
Rectangular Marquee tool [Tekan Kekunci M]
Ok... Skang ni, klik pada ToolBox dan pilih Rectangular Marquee Tool atau boleh saja tekan M pada keyboard. Mula2 skali, buat satu kotak memanjang kebawah mcm ni
Seterusnya... Hold Shift atau dlm bahasa melayunya, tekan shift sambil tarik lagi mouse kebawah sampai ke hujung kanvas hingga la akhir skali jadi mcm ni
.....
Fill [Shift+F5]
Masukkan warna. Bab masuk warna ni, pilih ikut kegemaran. Ok. Cara nak memasukkan warna ni kan, ada byk cara. Tak pa... kali ni kita blajaq guna satu dulu cara iaitu Shift+F5 dan tekan OK maka warna pn masuk lah... Lepas tu, trus tekan Ctrl+D untuk Deselect.
StartBrust [Filter > Distort > Polar Coordinates]
Ok.. ini lah saat yang di tunggu-tunggu. Pergi ke Filter > Distort > Polar Coordinates dan klik OK.
SIAP.. SELAMATLAH UNTUK MENCUBA.. OK.
p/s: postkan komen anda. ok. trima kasih kerana membaca n mencuba.
Daripada tutorial 1 hari tu.. ni ada satu tutorial pecahan untuk dikkongsi bersama. Masih menggunakan method yang sama. Saya terfikir ketika solat tarawih jgk ni. Haduh.. Allahumma taqabbal minna solatana(Oh Tuhan, terimalah solat kami)... heee..
Cuma perbezaan dari yang pertama, kali ni kita akan menggunakannya untuk font.
Buat New Dokumen(Ctrl+N)
Gunakan saiz 640 X 480 dan masukkan tulisan dengan menekan ikon 'T' di kotak Tool sebelah kiri kita.
Load Selection(Select > Load Selection)
Load selection anda dan tekan Ctrl+Shift+I untuk inverse. Atau pergi ke Select > Inverse.
Buat New Layer(Ctrl+Shift+N)
Buatkan new layer.
Quick Mask(Tekan kekunci Q)
Masukkan Quick Mask dan pergi ke Filter > Pixelate > Color Halftone. Gunakan setting yang sama seperti yang di tunjukkan pada tutoril 1. Selepas itu, tekan Q semula dan tekan Ctrl+Shift+I untuk Inverse.
Masukkan Warna(Shift+F5)
Masukkan warna yang anda gemar dan pindahkan layer tulisan anda ke atas. Kenakan sedikit stroke dan jadilah seperti ini. Ini yang saya buat. Ringkas Mudah dan Menarikzs
Slamat mencuba.. Jangan lupa postkan komen anda..anDa... ANDA...
Al-Kisah... kisah benar dari timur tengah..

Suatu hari.. ketika zaman Islam baru mula nak berkembang, terserempaklah pemuda dengan sorang mak cik tua yang agar berumur. Mak cik tua ini sedang memikul barang-barang yang agak berat. Pemuda ini tanpa rasa ragu-ragu, trus bertemu dengan makcik tua ini to lend her hand untuk angkat barang-barang tersebut. Mak cik tua tersebut dengan rasa ok nya memberikan pemuda itu barang tersebut. Maka berjalanlah mak cik tersebut diiringi pemuda itu ke rumah mak cik tersebut. Dalam perjalanan.. tiba-tiba mak cik tua itu bersuara..
"Tahukah kamu wahai pemuda.. Kamu ini seorang yang sgt baik hati... sanggup kamu nak tolong aku yang tua ini dan menyusahkan diri kamu untuk berjalan ke rumah aku. Bukan macam seorang yang bernama Muhammad. Kamu kenal dia?? Dia tu dah la bawak ajaran sesat... Tak betul.. Gila ka apa... bla.. bla.. bla.." mak cik tua itu trus mengutuk pemuda yang bernama Muhammad itu sambil pemuda tadi mendengarnya dengan muka bersahaja.
Setelah sampai mak cik tua itu bersama pemuda itu di rumah nya, maka pemuda itu pun meletakkan lah barang2 mak cik tua itu. berkata si mak cik tua itu,
"Kamu sangat baik hati.. Sapakah nama kamu wahai anak muda yang baik hati??"
Sambil tersenyum, pemuda itu memandang mak cik tua tersebut dan berkata
"Muhammad..."
Maka ketahuilah mak cik tua itu bahawa lelaki yang bernma Muhammad yang dia kutuk-kutuk tadi dan menghinanya tadi adalah pemuda yang berjalan dengan nya yang memikul barangnya sepanjang perjalanan tadi..
Dengan serta merta berkata mak cik tua itu
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Agak-agaknya kan...kalau la kita di tempat pemuda tadi...apakah tindakkan kita... kalau saya... penyet ha mak cik tu kena hempap dengan barang-barang dia yang berat.
Jadi kubur trus pasir depan umah dia.. Angkat kaki dia buat kunci skit bagi patah...ha.. geram..
TAPI....
Itulah Rasullulah S.A.W.. akhlak yang ditunjukkan kepada kita.. Denagn wajah yang sentiasa tersenyum dan menyejukkan hati siapa yang memandang. Sabar.. Relax. Cool.. Oleh itu, marilah sama-sama kita berselawat kepada Baginda S.A.W... tanda cinta kita kepada Baginda S.A.W
Untuk semua.. Terima kasih kerana membaca.


