Wahai Anak,Dengar....
Bertaqwalah kamu kepada Allah,
Kerana itu akan membawa seluruh dunia kepada kamu.
Cintalah Rasulullah,
Kerana itu akan membuat dunia lihat hebat diri kamu.
Bacalah Al-Qur'an,
Kerana itu akan menjadi teman buat kamu.
Banyakkan Selawat,
Kerana itu akan membuatkan rasulullah cinta kepada kamu.
Ikhlaskan diri mu,Sabarlah kamu,
Istiqamahlah anak ku.
Kerana,
Kata Rasulullah,
Bagi Allah itu ada ahlinya,
Dan Ahli Allah adalah Hamlatul Qur'an, Itu adalah kamu.
Kamu dalam usaha menjadi Ahli Allah.
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah.
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah.
Kerana,
Allah itu adalah Allah, Tiada tuhan melainkan Allah.
Azab Allah sangat dahsyat.
Wahai Anak,Dengar...
Kamu anak-anak yang hebat,
Kamu anak-anak yang kuat,
Kuat semangat,
Banyak selawat,
Tingkatkan zikir munajat,
Pohon ampun doa dipanjat,
Buat Allah, Tuhan alam sejagat.
Redho kami para ustazah dan ustaz,
bersama kamu dari dunia sampai akhirat.
Ingat,
Ini pesanan ringkas dan singkat,
buat tatapan, renungan kamu sepanjang hayat.
Doa kami, ustazah dan ustaz,
Agar bahagia, cergas dan sihat,
Untuk terus berbakti kepada umat,
Agar terus membimbing kejalan selamat,
mengikut jejak rasul dan sahabat.
Semoga kita bersama mendapat berkat,
Redho dan syafa'at,
di hari kita berhadapan dengan Allah yang hebat.
Insyallah,selamat.
by
Don Daniyal Don Biyajid
Satu puisi yang dihasilkan ketika Redho Mua'lim...28.01.2011
11 comments:
fuh..dasyat r ustaz..pandai gak ustaz ni ye...i like it! <3
seindah hiasan, indahkan dan tenangkan hati hati mukmin dalam menempuh dugaan hidup..
semoga tidak tersasar dalam doa kata kata merosakkan iman dan taqwa...
Saya suka dengan kata² nie..sungguh hebat..:-)
mohon kebenaran utk share ya ustaz :)
salam ustaz don. blh tak akak nak share kat my blog? i likeeeee!!!
salaam ustaz. wah ustaz ada blog. interesting. this is the best way to dakwah...sempoi tapi menusuk. all th ebest. salaam.
saya mohon kebenaran utk share puisi yg bagus nih...tq
saya pun nk share jugak.. thanks ustaz!
Salam ustaz..mohon share yer.tq
Salam ustaz apa ilmu yg ada d blog ustaz saya share boleh nama saya MOHD RIZUAN RASHID
Post a Comment